Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
204 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Daripada perbandingan ini, didapati inisiatif-inisiatif yang diambil oleh Malaysia adalah selari dengan perkembangan data terbuka dan kerajaan digital di Australia, tetapi dengan keperluan penambahbaikan, seperti di Jadual 5 . Ini bermakna Malaysia secara superfisialnya, berada dalam landasan tepat untuk menjadi sebuah kerajaan terbuka, namun perlu melaksanakan beberapa penambahbaikan untuk menjadi sebuah kerajaan terbuka setaraf dengan negara maju. Jadual 5: Cadangan Penambahbaikan untuk Malaysia Cadangan Penambahbaikan untuk Malaysia Data terbuka - Sesetengah data terbuka diterjemahkan dalam bentuk peta, dan bentuk yang lebih mudah difahami untuk pengguna* - Sumbangan data terbuka dibuka kepada pihak swasta menggunakan toolkit data terbuka - Menggiatkan usaha melibatkan sektor swasta untuk menyumbang idea kepada pelaksanaan data terbuka seperti pembangunan aplikasi data terbuka dan pembangunan perkhidmatan komersil* Kerajaan terbuka - Pelan Tindakan Kerajaan Terbuka dwi-tahunan dilaksanakan dan status pelaksanaan dilaporkan dalam portal kerajaan, tertakluk kepada status permohonan Malaysia dalam Open Government Partnership dan organisasi-organisasi Kerajaan Terbuka lain - Akta/Dasar Kerajaan Terbuka Kerajaan digital - Penerbitan jumlah staf bagi agensi tersebut, perbelanjaan agensi tersebut dan laporan tahunan agensi tersebut.* - Menyenaraikan aplikasi kerajaan Malaysia dalam portal - Menyenaraikan perkhidmatan yang boleh digunakan untuk akaun MyGovernment - Menggalakkan pengguna MyGovernment untuk terlibat dengan e- Penyertaan seperti penetapan belanjawan bagi sesuatu program atau dasar* *cadangan yang diboldkan adalah selari dengan cadangan dari Bremers dan Deleu (2016)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy