Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

xxiii Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam hanyalah untuk berbakti kepada rakyat dan negara serta memastikan mereka menikmati kepuasan semasa menerima perkhidmatan. Pelanggan datang dari segenap lapisan individu dalam masyarakat dan perkhidmatan awam wujud kerana wujudnya masyarakat yang memerlukan mereka untuk berkhidmat. Setiap hari penjawat awam perlu mendepani rakyat untuk memberikan perkhidmatan mengikut fungsi tugas masing-masing yang telah ditetapkan. Apapun permasalahan yang dihadapi oleh penjawat awam semasa memberikan perkhidmatan, layanan terbaik tetap harus menjadi keutamaan dan seharusnya menyegerakan perkhidmatan yang sepatutnya diberikan dalam tempoh masa yang munasabah dan tidak menunda perkhidmatan yang sepatutnya diberikan atau tidak mengabaikannya. Maklum balas daripada pelanggan adalah antara input penting untuk agensi kerajaan melaksanakan penambahbaikan kualiti perkhidmatan. Diharapkan semoga hasil kajiaan ini boleh dijadikan sebagai panduan atau pencerahan kepada agensi kerajaan berkaitan untuk memahami senario dan mengatur langkah merancang, menetap hala tuju dan membangunkan pelbagai program dan aktiviti yang dapat menghasilkan perubahan dari semasa ke semasa bagi pengukuhan kualiti perkhidmatan di negara ini dan menghasilkan impak positif kepada rakyat dan negara. POIN NYATA • Konsistensi Perkhidmatan Awam (2019): 1.57 juta orang merangkumi perkhidmatan awam persekutuan, badan berkanun persekutuan, perkhidmatan awam negeri, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan • “…pembaharuan dilihat sebagai satu proses yang generik atau yang umum melangkau semua peringkat pentadbiran; ianya digarap sebagai satu keupayaan yang pokok yang dikehendaki untuk pengenalpastian kreativiti ke dalam matlamat-matlamat pentadbiran”, (Ahmad Atory Hussain, 1998: 13) Mohd Azman bin Hj. Mohd Ariffin Kepimpinan Islam ABSTRAK Pemerintahan dan kepimpinan Rasulullah وسلم عليه الله صلى dan Khulafa Ar-Rasyidin merupakan contoh pemerintahan dan kepimpinanan terbaik yang pernah diamalkan di dunia ini. Malah kewibawaan Rasulullah وسلم عليه الله صلى sebagai pemerintah bukan sahaja diakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh dunia bukan Islam. Antara ciri-ciri yang menonjol dalam pemerintahan dan kepimpinan Rasulullah صلى وسلم عليه الله dan Khulafa Ar-Rasyidin adalah keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan. Selama ini, banyak kajian yang baik telah dihasilkan dalam gaya kepimpinan Rasulullah وسلم عليه الله صلى dan Khulafa Ar-Rasyidin. Namun demikian, kebanyakan kajian tersebut hanya memfokus kepada gaya kepimpinan seseorang individu tertentu sahaja dari kalangan mereka tanpa merangkumi gaya

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy