Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

203 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam 3. Memastikan maklumat tersebut mudah diakses dan diterbitkan; pada masa yang sama, orang awam boleh bertindak untuk mengubah inisiatif kerajaan daripada maklumat tersebut sekiranya tidak bersesuaian. Sekiranya ketiga-tiga syarat ini dapat dipenuhi, maka inisiatif Kerajaan terbuka tersebut boleh menyaksikan penambahbaikan pada perkhidmatan awam, penglibatan masyarakat yang lebih luas dan mendalam, pengurangan rasuah, dan penjimatan perbelanjaan. Bremers dan Deleu (2016) mengetengahkan samada pelaksanaan Kerajaan Terbuka adalah “wajib dilaksanakan” atau “bagus jikalau ada”, perkhidmatan e-Kerajaan Terbuka boleh menyumbang dalam pelaksanaan kerajaan terbuka, samada melalui penjimatan, peningkatan kualiti perkhidmatan dan menyemai kepercayaan kepada kerajaan. Ini dapat dicapai dengan syarat kerajaan mempunyai komitmen yang ikhlas dan bersifat jangka panjang, kepimpinan yang kuat, maklumbalas telus dan penetapan ekspektasi. Bremers dan Deleu (2016) menyenaraikan perkhidmatan yang boleh dikira sebagai perkhidmatan e-Kerajaan terbuka, separa e-Kerajaan Terbuka dan bukan e-Kerajaan terbuka, seperti di Jadual 4 . Jadual 4: Jenis perkhidmatan e-Kerajaan Terbuka Perkhidmatan e-Kerajaan Terbuka Perkhidmatan e-Kerajaan Terbuka (separa) Bukan Perkhidmatan e- Kerajaan Terbuka - Inisiatif ketelusan dan data terbuka untuk perkhidmatan awam dan pembuatan dasar - Perkhidmatan kepada semua aspek kerajaan (Pemerintah, Perundangan dan Kehakiman) - Perkhidmatan di mana badan bukan kerajaan boleh menyumbang tanpa ikatan dengan kerajaan - Kolaborasi antara agensi kerajaan - Perkhidmatan awam yang disampaikan sektor swasta tanpa bergantung kepada inisiatif kerajaan - Perkhidmatan e- Kerajaan tradisional - Outsourced perkhidmatan awam kepada pihak swasta - Inovasi sosial bekait dengan perkhidmatan awam - Kaedah penglibatan secara fizikal

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy