Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
202 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Bagi menantapkan keupayaan dan kapasiti penjawat awam dalam kerajaan digital, Kerajaan juga melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memperkenalkan Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) Sektor Awam bagi mengatasi kekurangan kakitangan yang berkompetensi dan berkemahiran dalam menerajui Kerajaan Digital yang memberikan perkhidmatan digital berimpak tinggi serta berpaksikan rakyat. Objektif DGCCR adalah mengenalpasti: 1. Keupayaan yang diperlukan oleh penjawat awam merentas disiplin dan gred dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat; 2. Pengetahuan dan kemahiran baharu serta program pembangunan kompetensi yang diperlukan untuk menyokong perkhidmatan digital; 3. Program pengurusan perubahan yang diperlukan untuk menyokong pembudayaan perkhidmatan digital; dan 4. Tahap ketersediaan kompetensi dan keupayaan penjawat awam di peringkat Kementerian/Agensi dan Negara di era Kerajaan Digital. d. Rumusan Perbandingan Data Terbuka, Kerajaan Terbuka dan Kerajaan digital di antara Australia dan Malaysia Setelah diteliti, didapati terdapat beberapa persamaan dan perbezaan di antara pelaksaan data terbuka, kerajaan digital dan kerajaan terbuka di Malaysia, seperti di Lampiran 6 . KEPUTUSAN Williamson dan Eisen (2016) menekankan bahawa untuk benar-benar menjadi sebuah kerajaan terbuka, kerajaan perlu: 1. Mengenal pasti orang awam, dan samada mereka boleh memberi maklumbalas yang bermakna kepada inisiatif ketelusan dengan bermakna; 2. Memastikan maklumat yang diterbitkan mempunyai kepentingan kepada orang awam, dan maklumat tersebut disokong oleh pegawai kerajaan; dan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy