Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

201 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Pelaksanaan Pelan Strategik e-Pembayaran Sektor Awam 2016 – 2020 juga menyaksikan 20 agensi baharu dilibatkan, program kesedaran e-pembayaran dilaksanakan, manual pengguna e-Pembayaran disediakan dan kajian dibuat bagi meluasguna platform e-pembayaran. Bagi memudahkan rakyat untuk mengakses perkhidmatan kerajaan digital, portal MyGovernment (https://www.malaysia.gov.my/portal/index) dibangunkan untuk menjadi gerbang tunggal bagi semua memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan dalam talian kerajaan yang berkonsepkan life event berpaksikan rakyat. Pengguna boleh mengetahui proses dan carta alir untuk contohnya, mendaftar kelahiran anak, dan pautan untuk mendaftar boleh diakses melalui pautan lain dalam laman tersebut. Seperti di Rajah 5 , pengguna portal ini boleh mendaftar untuk menyemak antaranya permohonan kad nelayan, semakan status penggantian kad pengenalan dan saman. Namun, senarai perkhidmatan yang disediakan atau bakal disediakan melalui akaun ini adalah kurang jelas buat masa ini. Rajah 5: Senarai perkhidmatan melalui akaun myGovernment Malaysia Dibandingkan dengan portal https://www.australia.gov.au/ pengguna portal MyGovernment yang ingin mendapatkan direktori pegawai agensi kerajaan tidak dapat mengaksesnya melalui portal ini. Tetapi, mereka boleh berhubung melalui MyGovernment Call Centre (MyGCC, dikenali sebelum ini sebagai 1Malaysia One Call Centre, 1MOCC) dan Aplikasi MyGCC antaranya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy