Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

200 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Selain itu, Pelan Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan diperkenalkan bagi menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan program pendigitalan penyampaian perkhidmatan Kerajaan untuk tempoh sehingga tahun 2020. Pelaksanaan ini menyaksikan enam teras dikenalpasti: 1. Perkhidmatan digital bersepadu dan selamat – pelaksanaan perkhidmatan kerajaan digital berteraskan life-events bercirikan end to end menggunakan ID digital untuk memudahkan akses rakyat dan pembayaran tanpa tunai 2. Sistem penyampaian perkhidmatan digital berpacukan data – penggalakan sistem penyampaian perkhidmatan digital kerajaan menggunakan data terbuka, data raya dan perkongsian data di sektor awam 3. Penjenamaan, publisiti dan promosi perkhidmatan digital – peningkatan promosi dan pembangunan pelan komunikasi perkhidmatan digital nasional serta pemantapan koordinasi, promosi dan pengukuhan jaringan kolaborasi antara agensi 4. Tadbir urus dan perundangan – kolaborasi strategik di peringkat nasional dan antarabangsa, pengukuhan tadbir urus data dan perkhidmatan kerajaan dan penyelarasan dasar dan perundangan semasa, serta pelaksanaannya 5. Pengukuhan keupayaan dan kapasiti – pemantapan peranan Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan (Government Chief Information Officer, GCIO), pembangunan kompetensi personel bagi program pendigitalan dan penambahbaikan capaian rangkaian agensi kepada rakyat 6. Mengoptimumkan keberhasilan sistem penyampaian perkhidmatan digital – penugasan semua perjawatan ke bidanga baharu dan pengurangan perkhidmatan kaunter, serta meningkatkan penggunaan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy