Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
199 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Selain itu, rakyat boleh berhubung dan mengetahui maklumat terperinci perkhidmatan kerajaan melalui portal https://www.australia.gov.au/ Maklumat aplikasi kerajaan Australia juga disenaraikan dalam portal ini (https://info.australia.gov.au/news-and-social-media/apps) . Semasa Australia dilanda jangkitan virus COVID-19, portal ini memaklumkan kepada penggunanya bagaimana untuk mendapatkan maklumat bagi perkhidmatan- perkhidmatan kerajaan. Pengguna juga boleh menghubungi agensi kerajaan melalui pautan direktori (https://www.directory.gov.au/) , dan untuk setiap pautan kepada agensi tersebut, pengguna boleh melihat jumlah staf bagi agensi tersebut, perbelanjaan agensi tersebut dan laporan tahunan agensi tersebut, seperti di Lampiran 5 . Pengguna hanya perlu mendaftar untuk satu akaun (myGov) untuk mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan seperti percukaian, bantuan kebajikan, mencari kerja dan insurans kerajaan. Senarai penuh dinyatakan dengan jelas di https://my.gov.au/mygov/content/html/about.html Latihan kepada penjawat awam bagi memudahkan peralihan kepada kerajaan digital turut digariskan sebagai salah satu strategi di bawah Strategi Transformasi Digital 2018—2025. Strategi ini menekankan keperluan untuk perkhidmatan kerajaan disediakan dalam talian, dan perkhidmatan kaunter disediakan sebagai langkah terakhir sekiranya pengguna tidak mendapat perkhidmatan yang dikehendaki dalam talian. Di Malaysia, pelaksanaan Kerajaan Digital adalah diterajui oleh MAMPU, dan pelaksanaanya adalah berdasarkan Pelan Strategik ICT Sektor Awam 2016 – 2020 di bawah Teras Strategik 2: Kerajaan Berpacukan Data dan Strategi 2: Pemanfaatan Data Kerajaan (Peluasan Inisiatif Data Terbuka Sektor Awam dan Transformasi Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Digital Berpacukan Data Analitis).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy