Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

196 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Di Malaysia, di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, (Strategi B2: Menambahbaik Ketelusan), Kerajaan akan mewujudkan persekitaran Kerajaan Terbuka, dan telah memohon untuk menyertai platform Kerajaan Terbuka antarabangsa seperti Open Government Partnership. Dalam portal MyGovernment (https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30595 ) MAMPU telah mula berhubung dengan sekretariat OGP pada 25 Julai 2018 bagi mendapatkan penerangan lanjut mengenai kelayakan negara untuk menyertai Kerajaan Terbuka. Walaupun Malaysia secara rasminya belum melaksanakan Kerajaan Terbuka, beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (18 Mac 2020 - 9 Jun 2020) akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia boleh disifatkan sebagai memenuhi syarat Kerajaan Terbuka, iaitu “ketelusan, keterlibatan dan kolaborasi”. Rakyat boleh menyertai undian dalam saluran Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai samada mereka bersetuju atau tidak tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilanjutkan ( keterlibatan ), seperti di Lampiran 3 . Berita palsu disangkal oleh pelbagai agensi kerajaan melalui pelbagai saluran, setiap hari dengan penjelasan mengenai kesahihan berita yang tular di pelbagai media sosial seperti WhatsApp dan Facebook ( kolaborasi dan ketelusan), seperti di Lampiran 4 . Data yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai jumlah jangkitan COVID-19, jumlah yang sembuh setiap hari dan kluster COVID-19 ( ketelusan ), membolehkan orang luar mewujudkan portal yang mengintepretasikan data tersebut dalam bentuk yang lebih mudah dilihat, seperti dalam portal https://www.outbreak.my/ ( Rajah 2) . Namun, data yang digunakan dalam portal ini tidak menggunakan data terbuka kerana tidak semua data mengenai COVID-19 diterbitkan dalam portal rasmi KKM mengenai COVID-19 (http://covid-19.moh.gov.my/) , dan bergantung kepada maklumat yang disalurkan melalui Telegram MKN dan sidang media harian KKM.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy