Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
195 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Penilaian pelan tindakan ini perlu dibuat melalui dua cara. Pertama, kerajaan mesti menerbitkan Laporan Penilaian Diri tahunan setelah tamatnya setiap kitaran pelaksanaan 12 bulan. Laporan tersebut merupakan penilaian prestasi kerajaan dalam perkembangannya mencapai komitmen kerajaan yang terbuka. Kedua, semua negara OGP dinilai secara dwi-tahunan oleh Independent Reporting Mechanism (IRM). IRM berfungsi terutamanya melalui laporan penilaian bebas untuk setiap kerajaan yang mengambil bahagian OGP. Setiap pelaporan akan mengandungi penilaian perkembangan dan pelaksanaan pelan tindakan serta kemajuan dalammemenuhi prinsip kerajaan terbuka di peringkat kebangsaan. Sebagai contoh, salah satu komitmen dalam Pelan Tindakan Nasional Kedua 2018-20 ialah Mengukuhkan Kerangka Anti- Rasuah Kebangsaan. Di bawah komitmen ini, Kerajaan perlu memberi respons kepada cadangan dalam Laporan Jawatankuasa Senat berkenaan Suruhanjaya Integriti Kebangsaan. Selain itu, kerajaan juga perlu memberi peluang kepada rakyat untuk memberi input mereka kepada penilaian semula Kerangka Integriti Kebangsaan. Tempoh pelaksanaan dan status pelaksanaan dinyatakan dengan jelas tanpa berselindung daripada rakyat. Rajah 1: Status pelaksanaan Kerangka Integriti Kebangsaan Australia
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy