Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

194 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam memerangi rasuah, dan memanfaatkan teknologi baru untuk memperkuat pemerintahan. Setiap ahli OGP perlu menyediakan pelan tindakan bagi menjadikan kerajaan mereka kerajaan terbuka, selaras dengan Piagam OGP. Berdasarkan laman web rasmi Jabatan Perdana Menteri dan Kabinet (https://ogpau.pmc.gov.au/about) , Pelan Tindakan Kerajaan Terbuka Australia yang pertama dikeluarkan pada bulan Disember 2016. Dibangunkan secara kolaboratif oleh kerajaan dan masyarakat sivil, rancangan ini merangkumi 15 komitmen untuk memperkuat dan memperbaiki: 1. Ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam perniagaan. 2. Ketersediaan data terbuka dan transformasi digital perkhidmatan kerajaan. 3. Akses kepada maklumat kerajaan. 4. Integriti dalam sektor awam. 5. Penyertaan dan penglibatan orang ramai. Sehingga 2020, Australia telah melancarkan dua lagi pelan tindakan kerajaan terbuka, iaitu Pelan Tindakan Nasional Kedua 2018-20 dan kini sedang dalam penyiapan Pelan Tindakan Nasional Ketiga 2020-22. Rakyat boleh menyumbang kepada Pelan Tindakan Nasional Ketiga 2020-22 melalui https://ogpau.pmc.gov.au/get-involved dan maklumbalas terpilih akan diterbitkan dalam portal sama tanpa perlu berselindung. Pelaksaan pelan Tindakan ini dibantu oleh Open Government Forum (https://ogpau.pmc.gov.au/open-government-forum ), kumpulan yang dianggotai oleh anggota kerajaan dan masyarakat awam yang bertujuan memantau dan mendorong pelaksanaan Pelan Tindakan Nasional Kerajaan Terbuka, mengembangkan pelan seterusnya dan meningkatkan kesedaran mengenai pemerintahan terbuka. Kumpulan kerajaan-orang awam ini bersidang setiap dua bulan, di ibu negeri Australia yang berbeza-beza.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy