Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

xxii Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) Tahun 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati hampir 60 peratus siswazah peringkat pengajian Ijazah Pertama dan ke atas masih menganggur selepas setahun menamatkan pengajian mereka. Dalam usaha membantu siswazah mendapatkan pekerjaan, setiap universiti perlu mewujudkan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan sebagai proses persiapan dan persediaan mahasiswa menempuhi alam pekerjaan. Langkah ini diharap dapat mengurangkan isu graduan menggangur dan sekaligus memberikan impak yang postif terhadap pertumbuhan ekonomi negara. POIN NYATA • Memiliki modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi adalah faktor terpenting bagi Malaysia untuk mentransformasikan ekonominya ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi • Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) Tahun 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati hampir 60 peratus siswazah peringkat pengajian Ijazah Pertama dan ke atas masih menganggur selepas setahun menamatkan pengajian mereka • Tiga faktor utama yang menyumbang kepada pengangguran di kalangan graduan iaitu permintaan dan penawaran graduan, proses pencarian kerja dan ketidaksepadanan kemahiran • Keutamaan individu dan keluarga juga merupakan penyebab graduan secara sukarela kekal menganggur untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian • 86 peratus majikan menganggap bahawa kemahiran berkomunikasi dengan baik adalah sangat penting dan kebanyakan majikan kurang berpuas hati dengan cara para graduan mempersembahkan diri mereka dengan berkesan • Kemahiran insaniah (soft skills) seperti bekerja dalam kumpulan juga adalah sangat penting, malahan lebih penting dari kemahiran teras (hard skills) Mohd Asri bin Mohamed Cabaran Dalam Menguruskan Pembaharuan Pentadbiran Awam Malaysia ABSTRAK Persoalan kajian adalah berkenaan status kedudukan atau senario semasa pentadbiran awam negara ini dan bentuk hala taju masa depan sistem pentadbiran awam supaya ianya kekal relevan, cekap dan berkesan. Limititasi kajian ini adalah berdasarkan kepada informasi yang diperoleh dan dijana daripada sumber laman sesawang sahaja. Perkhidmatan Awam adalah perkhidmatan kepada rakyat dan ia semestinya meletakkan kepuasan rakyat sebagai matlamat utama dalam setiap kayu ukur kecemerlangan perkhidmatan. Misi perkhidmatan awam tidak lain dan tidak bukan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy