Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

193 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam telah mewujudkan struktur institusi untuk mengurus agenda data terbuka, dan kepimpinan untuk menguruskan data terbuka telahpun wujud di peringkat pengurusan kanan kerajaan. Namun, agensi pusat perlu beralih dari berfokuskan pekerjaan operasi kepada memotivasikan dan memandu pemilik data untuk menjadikan pembukaan data mereka perkara rutin. Di samping itu, Malaysia juga telah mula menjalinkan kerjasama diperingkat antarabangsa bagi menjayakan Inisiatif Data Terbuka seperti Open Data Institute, Asia Open Data Partnership (AODP), Open Conracting Partnership (OCP), Open Data Charter (ODC), dan Organisation for Economic Co- operation and Development (OECD). Terdapat pelbagai inisiatif-inisiatif kerajaan Malaysia lain yang ditubuhkan bagi menguruskan data kerajaannya seperti di Jadual 3 . Jadual 3: Inisiatif-inisiatif lain pengurusan data kerajaan di Malaysia Inisiatif-inisiatif lain Tujuan Malaysian Government Central Data Exchange (MyGDX) Platform perkongsian maklumat yang menyediakan perkhidmatan broker data ( data brokerage ) bagi maklumat yang sering dirujuk oleh agensi yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Pelaksanaan MyGDX membolehkan maklumat diselaras dan dikongsikan merentasi agensi dengan lebih efisien. MyGDX berupaya mengurangkan pertindihan pembangunan dan kos penyelengaraan infrastruktur di agensi. Data Dictionary Sektor Awam Mewujudkan standard atau piawaian bagi elemen yang merangkumi struktur dan kod yang perlu digunapakai oleh agensi-agensi Sektor Awam bagi memudahkan usaha-usaha perkongsian maklumat menerusi integrasi dan interoperabiliti sistem. b. Pelaksanaan Kerajaan Terbuka di Australia dan Malaysia Australia merupakan salah satu ahli Open Government Partnership (OGP), satu inisiatif multiateral yang bertujuan mendapatkan komitmen konkrit dari kerajaan untuk mempromosikan ketelusan, memperkasakan warga negara,

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy