Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
192 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Pengurusan Malaysia (MAMPU). Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA), data.gov.my, telah dibangunkan pada tahun 2014 bagi menyokong hasrat kerajaan melaksanakan data terbuka. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan diakses secara berpusat daripada sumber yang rasmi. Portal ini merangkumi data terbuka kerajaan yang telah dihantar dari agensi kerajaan kepada pentadbir portal dan diklasifikasikan mengikut kategori. Setiap data yang dimuatnaik ke portal ini perlu memenuhi kriteria yang digariskan dalam pekeliling tersebut, dan setiap data yang dimuat naik dikategorikan tahap keterbukaannya, dengan data yang paling terbuka diberi lima bintang. Pengguna juga boleh memuat turun data yang diterbitkan dalam portal ini dan memohon set data yang diperlukan melalui portal ini. Data terbuka yang diterbitkan dalam portal ini juga berjaya diterjemahkan ke dalam aplikasi yang boleh digunakan orang awam (http://www.data.gov.my/page/apps) . Aplikasi ini terhasil daripada program Hackathon yang dianjurkan setiap tahun, melibatkan pelajar, syarikat swasta dan orang awam. Bagi meningkatkan kesedaran, mendapatkan sokongan dan buy-in daripada agensi pemilik data berkaitan faedah dan kepentingan melaksanakan data terbuka untuk kepentingan Kerajaan dan rakyat secara umumnya, program Malaysia Open Data User Group (MODUG) 2019 telah diadakan pada 27 April 2019. Tambahan lagi, kerajaan juga menganjurkan Program Sesi libat urus dan Coaching Data Terbuka kepada pegawai Kementerian dan agensi mengikut zon. Kumpulan sasaran sesi ini adalah Pengurus ICT dan Data Steward/Data Agent Kementerian dan agensi. Malaysia juga telah, dengan kerjasama Bank Dunia, membuat Penilaian Kesediaan Data Terbuka (Open Data Readiness Assessment, ODRA) pada 2016, dan merupakan negara pertama di Asia Tenggara untuk menggunakan methodologi ini. Hasil kajian pada 2019 mendapati Malaysia telahpun menyediakan asas untuk merealisasikan potensi sosioekonomik data terbuka. Namun, dasar / kerangka undang-undang dan polisi / prosedur pengurusan data kerajaan - merupakan penghalang yang signifikan untuk mencapai visi yang dinyatakan dalam RMKe11. Kajian tersebut juga mendapati Malaysia
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy