Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
191 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Pelaksanaan data terbuka di Australia adalah agak komprehensif. Komitmen kerajaan persekutuan Australia kepada data terbuka dikukuhkan dengan penyataan dasarnya pada 7 Disember 2015 melalui Perdana Menteri Malcolm Turnbull, yang memerlukan semua agensi kerajaan untuk secara automatik menjadikan data yang tidak sensitif data terbuka dan dimuatnaik melalui portal data.gov.au supaya mudah dicapai dan dicari. Usaha ini termasuklah libat urus dengan kerajaan negeri dan jajahan untuk mengintegrasikan data yang mempunyai kepentingan di peringkat kebangsaan. Orang awam juga digalakkan untuk memaklumkan kerajaan mengenai bagaimana data terbuka boleh digunakan dan menyumbang kepada data terbuka. Namun, data yang dimuatnaik haruslah tidak mengandungi maklumat peribadi. Bagi memastikan kualiti data terbuka yang dimuatnaik ke data.gov.au, Toolkit Data Terbuka telah disediakan sebagai sumber maklumat utama bagi penjaga data dan pengguna untuk menyediakan data untuk dimuatnaik. Bagi melibatkan pihak swasta dalam data terbuka kerajaan, Tinjauan Open Data 500 Australia (http://www.opendata500.com/au/about/) telah dilaksanakan bagi memahami bagaimana organisasi Australia menggunakan data sektor awam dan menilai nilai sosial dan ekonomi dari kumpulan data terbuka kerajaan. Hasil tinjauan ini juga akan menonjolkan bagaimana syarikat menggunakan data terbuka sektor awam dan manfaatnya kepada perniagaan mereka. Laporan Pengurusan Data Sektor Awam pada bulan Disember 2015-pula mengenal pasti status dan strategi semasa untuk meningkatkan penggunaan dan akses ke data yang tidak sensitif. Terdapat pelbagai inisiatif-inisiatif kerajaan Australia lain yang ditubuhkan bagi menguruskan data kerajaannya seperti di Lampiran 2 . Di Malaysia, punca kuasa pelaksanaan data terbuka adalah berdasarkan Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2015 Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam. Peneraju projek ini merupakan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy