Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
190 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam (Finland, Norway, Denmark, Sweden), negara Eropah Barat (Switzerland, Perancis, UK, Ireland) dan negara Asia Pasifik maju seperti Australia, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan. Daripada perbandingan ini, didapati Australia tergolong dalam 10 negara teratas dalam keempat-empat indeks ini. Bagi tujuan kajian ini, Australia akan digunakan bagi membandingkan pelaksanaan data terbuka, kerajaan terbuka dan kerajaan digital dengan pelaksanaan di Malaysia. Jadual 2: Kedudukan Malaysia dalam Indeks Demokrasi 2019, Indeks OURdata 2019, Indeks Kerajaan Terbuka 2015 dan E-Government Development Index 2018 Kedudukan Malaysia Indeks Demokrasi 2019 Indeks OURdata 2019 Indeks Kerajaan Terbuka 2015 E-Government Development Index 2018 43 / 193 - 88 / 102 48 / 193 Seperti dinyatakan di Jadual 2 , jika dibandingkan dengan 10 negara teratas, didapati Malaysia berada di 50 negara teratas bagi Indeks Demokrasi 2019 dan e-Government Development Index 2018, manakala Malaysia berada di kedudukan 30 negara terbawah dalam Indeks Kerajaan Terbuka 2015. Malaysia tidak disenaraikan di dalam Indeks OURdata 2019 kerana Malaysia tidak tergolong sebagai 35 negara ahli OECD. a. Pelaksanaan Data Terbuka di Australia dan Malaysia Berdasarkan portal Data Terbuka Australia dan Jabatan Perdana Menteri dan Kabinet Australia, Data Terbuka di Australia dilaksanakan sejak 2013. Data kerajaan, data penyelidikan dan dataset terbuka dari institusi swasta yang mempunyai kepentingan umum boleh diakses melalui portal data.gov.au , merangkumi lebih daripada 30,000 set data yang tersedia untuk umum, percuma atau boleh dibeli, dan sentiasa berkembang. Sesetengah data terbuka juga diterjemahkan dalam bentuk peta interaktif melalui portal National Map.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy