Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

189 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam perbandingan samada Malaysia kini berada dalam trajektori menjadi negara Kerajaan Terbuka, kajian ini akan membandingkan kedudukan 10 buah negara teratas dalam Indeks Demokrasi 2019, Indeks OURdata 2019 oleh OECD, World Justice Project (WJP) Indeks Kerajaan Terbuka 2015 dan E- Government Development Index 2018 oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, seperti di Jadual 1 . Kemasukkan Indeks Demokrasi dalam methodologi ini adalah kerana pelaksanaan data terbuka, kerajaan terbuka dan kerajaan digital memerlukan kerajaan untuk memecah silo dan bekerjasama antara agensi kerajaan dan rakyat. Tambahan lagi, Schwartz (2014) dalam kajiannya mendapati bahawa walaupun kerajaan yang demokratik tidak menjamin amalan kerajaan terbuka, kerajaan yang secara sistematiknya mengabaikan prinsip demokrasi adalah lebih mustahil untuk mempunyai persekitaran yang membolehkan pelaksanaan kerajaan terbuka. Jadual 1: Perbandingan 10 negara teratas dalam Indeks Demokrasi 2019, Indeks OURdata 2019, Indeks Kerajaan Terbuka 2015 dan E-Government Development Index 2018 Tangga Indeks Demokrasi 2019 Indeks OURdata 2019 Indeks Kerajaan Terbuka 2015 E-Government Development Index 2018 1 Norway Korea Selatan Sweden Denmark 2 Iceland Perancis New Zealand Australia 3 Sweden Ireland Norway Korea Selatan 4 New Zealand Jepun Denmark UK 5 Finland Kanada Netherlands Sweden 6 Ireland Australia Finland Finland 7 Denmark / Mexico Kanada Singapura 8 Kanada Sepanyol UK New Zealand 9 Australia Greece Australia Perancis 10 Switzerland Slovenia Korea Selatan Jepun Apabila diamati, 10 negara teratas dalam keempat-empat indeks ini merupakan negara maju dan berpendapatan tinggi. Negara yang kerap tergolong dalam 10 negara teratas ini termasuklah negara Skandinavia

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy