Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
188 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam persamaan yang dapat diamati melalui perbandingan data terbuka, kerajaan terbuka dan kerajaan digital oleh sesebuah kerajaan ialah: 1. Data sebagai asas untuk melaksanakan inisiatif dan penambahbaikan yang menjurus kepada ketelusan sesebuah kerajaan; 2. Ketelusan kerajaan, mesra rakyat dan menambahbaik kehidupan rakyat perlu ditonjolkan oleh kerajaan dalam pelaksanaan mana-mana inisiatif ini; dan 3. Kerajaan perlu memecah silo dan bekerjasama antara agensi kerajaan dan rakyat dalam pelaksanaan mana-mana inisiatif ini. Dalam kes Malaysia, Malaysia kini telah melaksanakan data terbuka dan kerajaan digital, dengan permohonan menyertai Open Government Partnership dilakukan pada tahun 2018. Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini boleh membawa maksud bahawa Malaysia kini sedang dalam landasan untuk menjadi sebuah kerajaan yang terbuka. Namun, adakah langkah-langkah yang diambil Malaysia setakat ini untuk mencapai tahap kerajaan terbuka di seperti Korea Selatan, Jepun dan Australia memadai, ataupun terdapat keperluan lain untuk memastikan Malaysia boleh menjadi sebuah kerajaan terbuka setaraf dengan negara maju? KAJIAN METHODOLOGI Bagi menentukan samada Malaysia berada di landasan untuk menjadi kerajaan terbuka, negara mana yang perlu dibandingkan dengan Malaysia untuk penanda arasan akan ditentukan terlebih dahulu, dan seterusnya, membandingkan pelaksanaan yang telah diambil di negara tersebut dan Malaysia. Perbandingan 10 Kerajaan Paling Terbuka di Dunia Pelbagai methodologi boleh digunakan untuk mengukur keterbukaan sesebuah negara, seperti yang digunakan oleh OECD, Bank Dunia, Open Government Partnership dan Indeks Demokrasi. Bagi memudahkan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy