Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
187 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam mengurus agenda data terbuka, dan kepimpinan untuk menguruskan data terbuka telahpun wujud di peringkat pengurusan kanan kerajaan. Namun, agensi pusat perlu beralih dari berfokuskan pekerjaan operasi kepada memotivasikan dan memandu pemilik data untuk menjadikan pembukaan data mereka perkara rutin. Kerajaan juga melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memperkenalkan Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) Sektor Awam bagi mengatasi kekurangan kakitangan yang berkompetensi dan berkemahiran dalam menerajui Kerajaan Digital yang memberikan perkhidmatan digital berimpak tinggi serta berpaksikan rakyat. Objektif DGCCR adalah mengenalpasti: 1. Keupayaan yang diperlukan oleh penjawat awam merentas disiplin dan gred dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat; 2. Pengetahuan dan kemahiran baharu serta program pembangunan kompetensi yang diperlukan untuk menyokong perkhidmatan digital; 3. Program pengurusan perubahan yang diperlukan untuk menyokong pembudayaan perkhidmatan digital; dan 4. Tahap ketersediaan kompetensi dan keupayaan penjawat awam di peringkat Kementerian/Agensi dan Negara di era Kerajaan Digital. Impak dari program yang telah dilaksanakan pada tahun 2016 adalah seperti berikut: 1. Peningkatan kesedaran tentang kepentingan set kompetensi dan kemahiran yang sama dan selaras di semua peringkat. 2. Peluasan kerjasama dan kolaborasi daripada pelbagai agensi rintis. 3. Peneraju Kerajaan Digital yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan. Rumusan Perbandingan dibuat di antara ciri-ciri data terbuka, kerajaan terbuka, dan kerajaan digital dari segi ciri data, manfaat kepada rakyat, manfaat kepada kerajaan dan pelaksanaannya di Malaysia, seperti di Lampiran 1 . Tiga
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy