Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
186 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Kerajaan akan mewujudkan persekitaran Kerajaan Terbuka, dan telah memohon untuk menyertai platform Kerajaan Terbuka antarabangsa seperti Open Government Partnership. Dalam portal MyGovernment (https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30595 ), MAMPU telah mula berhubung dengan sekretariat OGP pada 25 Julai 2018 bagi mendapatkan penerangan lanjut mengenai kelayakan negara untuk menyertai Kerajaan Terbuka. Beberapa pelan strategik juga dirangka dan dilaksanakan bagi menyokong halatuju kerajaan seperti Pelan Strategik ICT Sektor Awam 2016 – 2020 di bawah Teras Strategik 2: Kerajaan Berpacukan Data dan Strategi 2: Pemanfaatan Data Kerajaan (Peluasan Inisiatif Data Terbuka Sektor Awam dan Transformasi Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Digital Berpacukan Data Analitis). Kerajaan juga mempunyai Pelan Strategik e-Pembayaran 2016 – 2020 bagi memacu platform e-Pembayaran sebagai pilihan utama perkhidmatan pembayaran Sektor Awam yang kondusif, selamat dan efisien. Bagi mengukuhkan lagi pelaksanaan Kerajaan Digital di Malaysia, Pelan Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan juga diperkenalkan bagi menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan program pendigitalan penyampaian perkhidmatan Kerajaan untuk tempoh sehingga tahun 2020. Semua inisiatif ini diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran Awam dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Pelaksanaan data terbuka telah dinilai oleh Bank Dunia (World Bank) melalui Open Data Readiness Assessment (ODRA). Hasil kajian pada 2019 mendapati Malaysia telahpun menyediakan asas untuk merealisasikan potensi sosioekonomik data terbuka. Namun, dasar / kerangka undang-undang dan polisi / prosedur pengurusan data kerajaan - merupakan penghalang yang signifikan untuk mencapai visi yang dinyatakan dalam RMKe11. Kajian tersebut juga mendapati Malaysia telah mewujudkan struktur institusi untuk Namun, dasar/kerangka undang-undang dan polisi/ prosedur pengurusan data kerajaan - merupakan penghalang yang signifikan untuk mencapai visi yang dinyatakan dalam RMKe11
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy