Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
185 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Untuk kedua-dua kerajaan dan rakyat, kerajaan digital memungkinkan pertukaran dan penggunaan data, maklumat dan idea yang lebih baik di kalangan institusi awam, dan menjadi pemangkin inovasi yang boleh diterjemahkan dalam perkhidmatan baru dan lebih efisien (“Digital Government Strategies for Transforming Public Services in The Welfare Areas”, 2016). Kerajaan yang digital juga berpeluang untuk berinteraksi dengan rakyatnya melalui data dan maklumat tersedia, seperti data terbuka kerajaan, apabila ia mudah diakses dan digunakan kembali melalui kolaborasi inovatif yang dapat membantu kerajaan merancang dan melaksanakan dasar- dasar awam dan penyampaian perkhidmatan awam dengan lebih baik (“Digital Government Strategies for Transforming Public Services in The Welfare Areas”, 2016). Kerajaan yang melaksanakan kerajaan digital juga boleh menggunakkannya untuk membantu mencapai Sustainable Development Goals yang ditetapkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (“United Nations E-Government Survey”, 2018). Rumusan bagaimana Kerajaan Digital boleh dilaksanakan boleh dirangkumkan oleh definisi Kerajaan Terbuka yang diberikan oleh inisiatif Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) Sektor Awam melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. DGCCR merumuskan bahawa Kerajaan digital dicirikan oleh kepelbagaian saluran penyampaiannya, budaya yang terbuka kepada risiko, antaramuka yang berteraskan rakyat dan jelas untuk rakyat, platform yang menggalakkan kolaborasi dan perkongsian data, serta penyelesaian yang fleksibel dan inovatif (“DGCCR e-Newsletter 2017”, 2017). Pelaksanaan Data Terbuka, Kerajaan Terbuka dan Kerajaan Digital di Malaysia Di Malaysia, pelaksanaan data terbuka dan kerajaan digital merupakan salah satu strategi di bawah Kajian Separuh Penggah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe11) untuk membina budaya ketelusan bagi memupuk kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Di bawah Strategi B2: Menambahbaik Ketelusan,
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy