Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

184 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam perkhidmatan digital juga dapat memperkasakan rakyat dan memperluas hubungan mereka dengan kerajaan. Untuk para perniaga juga, perkhidmatan kerajaan digital adalah mudah dan cekap. Usaha digitalisasi kerajaan juga dapat memaksa perniagaan untuk mendigitalkan perniagaan mereka dengan lebih cepat. Bagi pihak kerajaan pula, kerajaan digital menawarkan cara kolaborasi yang lebih pelbagai di dalam agensi kerajaan mahupun merentas agensi kerajaan, memecah silo dan menawarkan cara yang lebih baik untuk berinteraksi dengan orang ramai (“Digital Government Strategies for Transforming Public Services in The Welfare Areas”, 2016). Ini dapat membantu kerajaan menjadi bukan sahaja lebih cekap dan efektif, tetapi juga lebih terbuka, telus dan bertanggungjawab terhadap konstituen mereka (“Digital Government Strategies for Transforming Public Services in The Welfare Areas”, 2016). Lagipun, kerajaan digital adalah mengenai kaedah baru untuk memberikan nilai awam dan menjadikan perkhidmatan dan prosedur kerajaan dengan reka bentuk digital (“Digital Government Strategies for Transforming Public Services in The Welfare Areas”, 2016). Untuk melaksanakan kaedah baharu tersebut, kerajaan mungkin perlu mendigitalkan sesuatu proses tersebut secara keseluruhannya. Contohnya, Singapura telah mendigitalkan sepenuhnya prosesnya untuk mendaftarkan syarikat, memendekkan masa yang diperlukan kepada hanya 15 minit dalam kebanyakan kes dan secara automatik mengeluarkan notis penggabungan kepada setiausaha korporatnya (Corydon, Ganesan & Lundqvist, 2016). Namun, apabila Denmark berusaha untuk melakukan perkara yang sama, syarikat tidak dapat diklasifikasikan secara automatik untuk tujuan percukaian kerana undang-undang cukai negaranya sangat tidak jelas dan terpaksa mengemas kini undang-undang negaranya dengan definisi yang lebih tepat mengenai kategori cukai. Kini, lebih daripada 98 peratus pendaftaran syarikat baru berlaku dalam beberapa saat sahaja, tanpa campur tangan manusia (Corydon, Ganesan & Lundqvist, 2016).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy