Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
183 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam pemodenan pentadbiran awam menggunakan ICT bagi menjayakan kerajaan terbuka dan kerajaan digital (Bremers & Deleu, 2016). Jadi, adakah kerajaan yang menggunakan data terbuka merupakan kerajaan digital juga, atau syarat pelaksanaan sebelum sesebuah kerajaan itu menjadi kerajaan digital yang terbuka? Kerajaan Digital Untuk memahami apakah itu kerajaan digital, adalah penting untuk memahami terlebih dahulu e-Kerajaan. E-Kerajaan didefinisikan sebagai "penggunaan ICT dan penerapannya oleh kerajaan untuk penyediaan maklumat dan perkhidmatan awam kepada masyarakat" (“Global E-Government Readiness Report”, 2004). Dengan perkembangan teknologi yang makin pantas, agensi kerajaan yang ingin menggunakan perkhidmatan ICT dan digital perlu beralih fokus dari automasi dan pemotongan kos kepada pengalaman dan inovasi pelanggan. Di sinilah datangnya terma Kerajaan Digital, iaitu perkhidmatan yang diilhamkan dan disampaikan secara inovatif dalam pelbagai cara, dimudahkan dengan teknologi baharu (OECD, 2014). Menurut OECD, Kerajaan Digital dapat didefinisikan sebagai "penggunaan teknologi digital, sebagai sehabagian daripada strategi pemodenan kerajaan, untuk mencipta nilai kepada orang awam. Ia bergantung kepada ekosistem kerajaan digital yang terdiri daripada aktor kerajaan, organisasi bukan kerajaan, perniagaan, persatuan warganegara dan individu yang menyokong pengeluaran dan akses ke data, perkhidmatan dan kandungan melalui interaksi dengan pemerintah” (OECD, 2014). Apakah manfaat kerajaan digital secara asasnya? Menurut laporan “Digital by Default: A guide to Transforming Government” oleh McKinsey & Company (Corydon, Ganesan & Lundqvist, 2016), rakyat sesebuah negara bukan sahaja lebih suka perkhidmatan dan interaksi dengan kerajaan secara digital, tetapi Diilhamkan dan disampaikan secara inovatif dalam pelbagai cara, dimudahkan dengan teknologi baharu
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy