Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
182 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam 5. Kerajaan mesti memberi maklumat yang cukup kepada pengguna untuk menentukan sama ada maklumat itu tepat dan terkini. 6. Data mesti selamat untuk dibuka, tanpa kandungan yang boleh menghantar cacing, virus, dan malware. 7. Kerajaan melaksanakan cadangan dari orang ramai tentang cara menyebarkan maklumat. Bagaimanakah kerajaan terbuka menggunakan data terbuka? Kerajaan terbuka, yakni, kerajaan yang tinggi ketelusannya, merupakan kerajaan yang mempunyai penglibatan tinggi dengan penduduknya, terbuka aksesnya kepada maklumat kerajaan, dan aset pegawai kerajaannya boleh dilihat secara terbuka (“Eligibility criteria & OGP values check assessment”, 2019; “Open Government”, 2015). OECD (https://www.oecd.org/gov/digital- government/open-government-data.htm) juga menegaskan Kerajaan sebegini menggunakan data terbuka supaya boleh muncul lebih tulus dan bertanggungjawab kepada rakyatnya, serta menggalakkan penciptaan perniagaan dan perkhidmatan yang berorientasikan rakyat. Idea ini disokong oleh Emily Shaw, Pengarah Dasar Kebangsaan di Yayasan Sunlight, sebuah badan penyokong bukan bersifat keuntungan Amerika Syarikat yang mempromosikan kerajaan terbuka dan telus. Shaw (disebut dalam Sueh, 2014) percaya bahawa terma Data Terbuka merupakan manifestasi Kerajaan Terbuka kerana pelaksanaan data terbuka oleh sesebuah kerajaan menyaksikan kerajaan tersebut ditambahbaik kecekapannya, meningkatkan keterlibatan rakyatnya, dan peningkatan syarikat tempatan yang menggunakan produk dan perkhidmatan yang menggunakan data kerajaan melalui data terbuka. Penggunaan data terbuka oleh sesetengah kerajaan juga boleh diintepretasikan salah satu langkah yang perlu diambil sebelum sesebuah kerajaan boleh digelar sebagai Kerajaan Digital, seperti digariskan oleh Kesatuan Eropah. Dalam laporan Kesatuan Eropah “Towards faster implementation and uptake of open government” yang diterbitkan pada tahun 2016, pelaksanaan data terbuka merupakan salah satu enabler di bawah
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy