Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
180 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Contohnya, dalam satu kajian pada tahun 2015 yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Pew, 20% rakyat Amerika menyatakan bahawa mereka menggunakan data kerajaan terbuka untuk mencari maklumat mengenai prestasi pelajar dan guru (Horrigan & Rainie, 2015). Tujuh belas peratus mengatakan mereka mencari sumber data kerajaan untuk maklumat pembekal hospital atau penjagaan kesihatan (Horrigan & Rainie, 2015). Tujuh peratus lagi menjawab bahawa mereka meneliti kontrak antara agensi kerajaan dan firma luar menggunakan perkhidmatan kerajaan (Horrigan & Rainie, 2015). Satu lagi kajian oleh penyelidik Sweden Jenny de Fine Licht pada tahun 2014 menunjukkan bahawa apabila orang ramai terlibat dalam keputusan seperti pembiayaan perpustakaan, orang berasa lebih yakin terhadap wakil rakyat dan kerajaan yang dipilih. Williamson dan Eisen (2016) menerangkan bahawa terdapat bukti jelas bahawa inisiatif kerajaan terbuka ini boleh digunakan untuk meningkatkan akses orang miskin kepada proses yang telus. Contohnya, di New Delhi, para penyelidik menguji pelbagai kaedah di mana orang-orang yang sangat miskin dapat mempercepatkan penerimaan kad catuan mereka. Sekelompok penerima diminta untuk memohon status permohonan kad catuan mereka melalui Dasar Hak Kepada Maklumat ( Right to Information , RTI) India. Sekelompok penerima lagi dipaksa untuk membayar rasuah bagi “mempercepatkan” permohonan mereka. Hasil kajian mereka mendapati mereka yang memohon RTI menerima kad catuan mereka pada masa yang hampir sama dengan mereka yang membayar rasuah. Beberapa petikan kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan kerajaan terbuka menberi manfaat kepada rakyat, wakil rakyat yang dipilih dan kerajaan. Kepentingan Data Terbuka Kepada Kerajaan Terbuka Data Terbuka adalah titik penting untuk melaksanakan prinsip-prinsip Kerajaan Terbuka dan merangsang model kerjasama antara institusi dan komuniti tempatan dengan tujuan bukan sahaja untuk mengawasi tindakan Terdapat bukti jelas bahawa inisiatif kerajaan terbuka ini boleh digunakan untuk meningkatkan akses orang miskin kepada proses yang telus
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy