Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

179 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Manfaat Kerajaan Terbuka Menurut laporan “Open Government Impact and Outcomes” Bank Dunia pada 2016, pelaksanaan kerajaan terbuka boleh dilihat dalam jangka masa pendek dan sederhana. Dalam jangka masa pendek, hasil kerajaan terbuka termasuklah output yang benar-benar membawa kepada ketelusan, keterlibatan rakyatnya, dan kadar respons kerajaan yang lebih baik. Contohnya, akses kepada undang-undang maklumat yang benar-benar membawa kepada ketelusan dan peningkatan penelitian oleh masyarakat, inisiatif belanjawan yang lebih melibatkan rakyat dalam proses penganggaran, dan mekanisme penyelesaian aduan yang memberi respons bermakna kepada rakyat. Dalam jangka masa sederhana, hasil pelaksanaan kerajaan terbuka termasuklah sejauh mana intervensi atau reformasi membawa kepada lebih kebertanggungjawaban dan keberkesanan kerajaan. Akauntabiliti dan keberkesanan dapat ditonjolkan apabila terdapat perubahan substansial kepada tingkah laku kerajaan dalam tindak balasnya terhadap ketelusan, penglibatan rakyat, atau pembaharuan responsif dan inisiatif yang lebih besar. Perubahan tingkah laku kerajaan ini termasuklah penambahbaikan dalam perkhidmatan awam; mengurangkan rasuah; dan pengambilan, pemecatan atau mendisiplinkan pekerja awam. Inisiatif kerajaan terbuka juga cenderung untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap perkhidmatan kerajaan (“What Is Open Government and Why Is It Important?”, 2017). Apabila rakyat sedar bagaimana kerajaan membelanjakan cukai mereka melalui data terbuka perbelanjaan cukai rakyat, mereka lebih menyedari adalah dalam kepentingan terbaik mereka untuk mengambil tindakan agar mereka menerima perkhidmatan yang mereka perlukan. Hasil pelaksanaan kerajaan terbuka termasuklah sejauh mana intervensi atau reformasi membawa kepada lebih kebertanggungjawaban dan keberkesanan kerajaan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy