Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

177 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Kerajaan Terbuka (Open Government) Sebuah kerajaan terbuka merupakan kerajaan yang tinggi ketelusannya, penglibatan tinggi dengan penduduknya, maklumat kerajaan dibuka untuk orang awam, dan aset pegawai kerajaannya boleh dilihat secara terbuka (“Eligibility criteria & OGP values check assessment”, 2019; “Open Government”, 2015, “WJP Open Government Index 2015”, 2015). Contohnya, kerajaan terbuka Amerika Syarikat dalam Arahan Kerajaan Terbukanya pada 2009 menyebut bahawa ciri-ciri kerajaan terbuka mempunyai tiga prinsip utama, iaitu “ketelusan, keterlibatan dan kolaborasi”, iaitu ciri-ciri yang sama dengan tujuan pelaksanaan data terbuka. Ketiga-tiga ciri ini juga dijumpai dalam satu kajian mengenai kerajaan terbuka di Kesatuan Eropah (Bremers & Deleu, 2016). Agensi kerajaan juga perlu menerbitkan secara dalam talian maklumat seperti maklumat kerajaan dan dataset bernilai tinggi dalam format terbuka melalui portal Data.gov (Chernoff, n.d.). Idealnya, sebuah kerajaan terbuka merupakan kerajaan yang mentadbir urus sesebuah negara berteraskan rakyat, dengan keterbukaan sebagai tonggak utamanya. Negara dengan kerajaan terbuka juga mampu meningkatkan penggunaan sumber awam, memudahkan proses pembuatan keputusan yang inklusif dan meningkatkan kepercayaan antara kerajaan dan rakyat. Kerajaan yang lebih terbuka adalah kerajaan yang lebih baik untuk bertindak secara efektif dan efisien, untuk mendorong pertumbuhan sektor swasta dan untuk memenuhi keperluan sebenar semua rakyatnya (“Open Government”, 2015). Untuk memahami perkaitan di antara data terbuka dengan kerajaan terbuka, adalah penting untuk memahami sejarah mengapa wujudnya negara yang mempunyai kerajaan terbuka. Sebuah kerajaan terbuka merupakan kerajaan yang tinggi ketelusannya, penglibatan tinggi dengan penduduknya, maklumat kerajaan dibuka untuk orang awam, dan aset pegawai kerajaannya boleh dilihat secara terbuka

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy