Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
176 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) menyenaraikan data-data ini sebagai data yang boleh diterbitkan oleh kerajaan sebagai data terbuka: 1. maklumat perniagaan 2. daftar-daftar 3. maklumat paten dan tanda niaga 4. pangkalan data tender awam 5. maklumat geografi 6. maklumat undang-undang 7. maklumat meteorologi 8. data sosial 9. maklumat pengangkutan Reale (2014) menerangkan bahawa pelaksanaan data terbuka sesebuah negara diukur berdasarkan tiga aspek: 1. kesediaan: menilai bagaimana sesebuah negara mampu memanfaatkan pendedahan data kerajaan untuk mewujudkan kesan positif di peringkat kerajaan, perniagaan dan masyarakat sivil; 2. pelaksanaan: mengukur tahap set data utama yang dikeluarkan oleh kerajaan, samada ia berguna dalam menyokong ekonomi digital dan inovasi, ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran awam, keberkesanan dan kecekapan dasar sosial; 3. kesan yang muncul: cubaan mengukur kesan positif dalam membuka inisiatif data dalam bidang politik, sosial dan ekonomi (misalnya: keuntungan hasil kecekapan pentadbiran, bilangan startups atau peningkatan kemasukan golongan yang dipinggirkan). Apabila diamati, didapati bahawa ciri-ciri data terbuka mempunyai ciri-ciri persamaan dengan kerajaan terbuka, iaitu “ketelusan, keterlibatan dan kolaborasi”. Adakah ini bermakna pelaksanaan data terbuka boleh menjurus atau disamakan dengan kerajaan terbuka.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy