Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

175 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Dalam erti ini, contoh perubahan yang paling penting dalam hubungan antara kerajaan dan rakyat (pengguna) adalah fenomena Data Terbuka (Open Data, OD), yang bertujuan menjadikan data yang dijana oleh agensi kerajaan diakses melalui pelepasan data dalam format yang terbuka (Reale, 2014). Data Terbuka (Open Data) Data terbuka merupakan data yang bebas digunakan, diguna semula dan diedarkan semula. (Open Knowledge Foundation, 2012). Data ini bukan sahaja mudah dicapai dalam talian, tetapi juga boleh dipakai dan format yang boleh dipinda, tanpa kekangan dan had penggunaan semula, serta boleh digunakan untuk tujuan komersil (Reale, 2014). Kualiti data yang dikongsikan melalui data terbuka haruslah data yang bukan bersifat peribadi, menjadi pemangkin ketelusan dan memupuk kolaborasi di antara kerajaan dan rakyat (Reale, 2014). Apabila Kerajaan memudahkan akses data-datanya kepada orang awam, agensi kerajaan dijangka menjadi lebih tulus dan bertanggungjawab kepada rakyatnya. Dengan menggalakkan penggunaan, penggunaan semula dan pengedaran data terbuka, kerajaan menggalakkan penglibatan rakyat dalam penciptaan perniagaan dan perkhidmatan yang berorientasikan rakyat (“OECD Open, Useful and Re-usable data (OURdata) Index: 2019”, 2019). Tambahan lagi, di negara membangun, pekerjaan, inovasi dan pertumbuhan ekonomi yang muncul dari data terbuka boleh membantu kerajaan menjustifikasikan pembangunan infrastruktur teknologi dan perubahan dasar bagi membolehkan kewujudan kerajaan terbuka (Muente-Kunigami, 2012). Data terbuka merupakan data yang bebas digunakan, diguna semula dan diedarkan semula Apabila Kerajaan memudahkan akses data- datanya kepada orang awam, agensi kerajaan dijangka menjadi lebih tulus dan bertanggungjawab kepada rakyatnya

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy