Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
174 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam McKinsey dan Company (Corydon, Ganesan & Lundqvist, 2016), rakyat sesebuah negara bukan sahaja lebih suka perkhidmatan dan interaksi dengan kerajaan secara digital, tetapi perkhidmatan digital juga dapat memperkasakan rakyat dan memperluas hubungan mereka dengan kerajaan. Aspek pemerkasaan rakyat dari pelaksanaan kerajaan digital mungkin boleh menjurus kepada pelaksanaan kerajaan terbuka di Malaysia. Kerajaan yang lebih terbuka adalah kerajaan yang lebih baik untuk bertindak secara efektif dan efisien, untuk mendorong pertumbuhan sektor swasta dan untuk memenuhi keperluan sebenar semua rakyatnya (“Open Government”, 2015). Ini adalah penting, terutamanya untuk pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang bertujuan menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat Malaysia pada tahun 2030. Tetapi, adakah negara yang mengamalkan kerajaan digital dan melaksanakan data terbuka, seperti yang sedang dilaksanakan di Malaysia, bermakna kerajaan tersebut merupakan kerajaan terbuka secara automatik? Dengan peningkatan kedudukan Malaysia sebagai negara yang berdemokrasi di tangga ke 43 dalam Indeks Demokrasi 2019 oleh Economist Intelligence Unit, adakah Malaysia dalam landasan tepat menjadi sebuah kerajaan terbuka, ataupun terdapat keperluan lain untuk memastikan Malaysia boleh menjadi sebuah kerajaan terbuka setaraf dengan negara maju? KAJIAN LITERATUR Tidak dapat dinafikan bahawa dunia kini lebih berhubung, dan salah satu penghubungnya ialah Internet. Internet sebagai alat interaktif dan dipacu pelanggan, menggalakkan pengguna, yakni rakyat sesebuah negara, untuk menggunakannya sepenuhnya tanpa had ruang (Beck, 1999) dan menyatukan perspektif berbeza berdasarkan konsep kerakyatan yang baharu (individu dan kolektif, global dan tempatan, maya dan nyata) (Reale, 2014). Kerajaan yang lebih terbuka adalah kerajaan yang lebih baik untuk bertindak secara efektif dan efisien
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy