Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

173 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PENGENALAN Menurut laman web rasmi Platform Industrie 4.0, Industrie 4.0 ataupun Revolusi Perindustrian Keempat, merujuk kepada perangkaian mesin dan proses pintar untuk industri dengan bantuan teknologi maklumat dan komunikasi. Ciri-ciri perangkaian pintar ini termasuklah keberhasilan flexibel, penyelesaian berteraskan pengguna, pengunaan data, dan ekonomi yang berteraskan sumber yang efisien. Bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam peralihan dunia kepada Industrie 4.0, Malaysia melalui Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) telah memperkenalkan inisiatif Data Terbuka pada 2015 melalui Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2015 Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam bagi menggalakkan agensi Kerajaan untuk berkongsi data yang boleh digunakan orang awam untuk pelbagai fungsian melalui portal data.gov.my. Pada 2017, Kerajaan juga telah memperkenalkan Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) Sektor Awam melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi membina dan menginstitusikan keupayaan dan kompetensi kerajaan digital. Inisiatif ini antaranya bertujuan mengukuhkan bagi mengatasi kekurangan kakitangan yang berkompetensi dan berkemahiran dalam menerajui Kerajaan Digital yang memberikan perkhidmatan digital berimpak tinggi serta berpaksikan rakyat. Peningkatan kesedaran tentang kepentingan set kompetensi dan kemahiran berkenaan kerajaan digital dijangka mampu membantu mempersiapsiagakan penjawat awam untuk melaksanakan kerajaan digital di Malaysia. Ada pihak yang mengatakan bahawa Data Terbuka adalah titik penting untuk melaksanakan prinsip-prinsip Kerajaan Terbuka (OG) dengan tujuan bukan sahaja untuk memantau tindakan kerajaan tetapi juga untuk mengembangkan perkhidmatan dan aplikasi baru (Reale, 2014). Pada masa yang sama juga, menurut laporan “Digital by Default: A guide to Transforming Government” oleh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy