Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
172 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Kebersediaan Malaysia untuk Melaksanakan Kerajaan Terbuka Melalui Inisiatif Sedia Ada Kung Khai Jhun, M44 ABSTRAK Ada pihak yang mengatakan bahawa pelaksanaan data terbuka adalah titik penting untuk melaksanakan prinsip-prinsip Kerajaan Terbuka (Reale, 2014). Pada masa yang sama, Corydon, Ganesan dan Lundqvist (2016) menerangkan bahawa perkhidmatan digital kerajaan juga dapat memperkasakan rakyat dan memperluas hubungan mereka dengan kerajaan. Ciri-ciri data terbuka dan kerajaan digital ini boleh menjurus kepada sesebuah negara untuk menjadi kerajaan terbuka. Namun, adakah Malaysia, yang mengamalkan data terbuka dan kerajaan digital sahaja setakat ini, secara automatik boleh menjadi sebuah kerajaan terbuka, seiring dengan hasrat Wawasan Kemakmuran Bersama? Kajian ini bertujuan melihat samada Malaysia bersedia melaksanakan Kerajaan Terbuka melalui pelaksanaan inisiatif kerajaan sedia ada seperti data terbuka dan kerajaan digital. Kajian ini membandingkan pelaksanaan kerajaan terbuka di Australia, iaitu salah satu 10 negara yang dianggap paling terbuka kerajaannya, dengan pelaksanaan inisiatif lain di Malaysia yang mempunyai ciri-ciri kerajaan terbuka. Hasil kajian mendapati Malaysia boleh menjadi kerajaan terbuka, dengan penambahbaikan beberapa aspek pelaksanaannya. Penularan COVID-19 dan sesetengah inisiatif yang diambil kerajaan bagi mengekang penularannya mempunyai ciri-ciri kerajaan terbuka. Hasilnya, rakyat mempunyai keyakinan tinggi kepada kerajaan yang memerintah. Wakil rakyat dan pegawai kerajaan perlu melihat situasi ini sebagai salah satu manfaat pelaksanaan kerajaan terbuka secara besar-besaran dan bukannya “dirty word” yang dicanang untuk permainan politik.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy