Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
167 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Kebenaran Merancang dan sebagainya. Sehingga kini, hanya sebilangan Kerajaan Negeri sahaja yang membuat semakan dan menentukan lokasi untuk unit rumah kuota bumiputera.Iklan-iklan bagi rumah kuota bumiputera yang tidak terjual juga seharusnya tidak tertumpu kepada media cetak sahaja, ia harus diiklankan di platform media elektronik dan media sosial, sesuai dengan perkembangan teknologi semasa. Kaedah ini dilihat lebih berkesan berbanding dengan pengiklanan di media cetak. Pendidikan kewangan juga perlu dipupuk demi memperbaiki tabiat masyarakat dalam hal kewangan sama ada untuk jangka masa pendek mahupun panjang. Sekiranya bakal pembeli ingin membuat permohonan pinjaman dari institusi kewangan, mereka boleh elakkan permohonan ditolak oleh pihak bank dengan mendapatkan maklumat awal mengenai jumlah kelayakan pinjaman secara pengiraan atas talian. Secara tidak langsung, bakal pembeli boleh fokus kepada hartanah dengan paras harga yang berada dalam kemampuan mereka. KESIMPULAN Kajian ini mendapati terdapat keperluan dalam konteks imbangan sosio ekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera dari aspek perolehan dan pemilikan rumah. Kerjasama antara agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam industri perumahan seperti KPKT, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi-Agensi Kerajaan Negeri, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), pembeli-pembeli rumah dan lain-lain perlu diberi perhatian terutamanya mengenai objektif sebenar kepada pewujudan unit rumah kuota bumiputera di negara ini. Pada masa ini usaha penyelesaian sedia ada kepada pemilikan rumah oleh bumiputera masih tidak menunjukkan keberkesanannya. Maklumat-maklumat dan data-data sedia ada seharusnya menjadi panduan dalam membantu pihak yang terlibat dalam membangunkan lagi sektor perumahan untuk merancang strategi menggalakkan pemilikan rumah oleh bumiputera di Greater KL.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy