Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
166 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam dan tidak melebihi harga yang mampu dimiliki oleh rakyat. Meskipun kos bahan mentah dan tenaga kerja sentiasa meningkat, harga kos pembangunan terutamanya bahan binaan hendaklah sentiasa pada paras yang setara pada setiap masa untuk mengelakkan harga rumah melambung tinggi. Penglibatan semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan, PBN dan institusi perbankan sangat diperlukan untuk mewujudkan satu struktur yang komprehensif dalam memastikan penawaran rumah-rumah mampu milik di Greater KL dapat memenuhi permintaan rakyat yang memerlukan. Rumah-rumah juga mesti setara dengan permintaan (demand) dan jangkaan sebenar. Parameter untuk mendapatkan maklumat yang tepat dalam tinjauan mengenai keperluan perumahan oleh bumiputera di kawasan Greater KL mesti dibuat, diuji dan dilakukan secara berkala. Satu agensi tunggal dalam pengurusan perumahan mampu milik juga sewajarnya ditubuhkan di peringkat Persekutuan bagi mengurus dan memantau semua aspek berkaitan rumah mampu milik secara holistik. Maka dengan ini, tiada lagi mana-mana agensi kerajaan yang bekerja secara silo terutamanya dalam membuat keputusan-keputusan yang dibimbangi bercanggah dengan dasar sedia ada kerajaan. Selain itu, Kerajaan Negeri disarankan untuk mengambil alih urusan penjualan rumah kuota bumiputera yang didakwa gagal dijual oleh pemaju. Semua Kerajaan Negeri juga perlu mempertimbangkan supaya tanggungjawab dalam memilih dan menetapkan lokasi unit-unit rumah yang diperuntukkan untuk kuota bumiputera dilakukan oleh Kerajaan Negeri sendiri berbanding hanya menerima sepenuhnya cadangan dan pelan yang dikemukakan oleh pemaju perumahan ketika membuat permohonan Kerajaan Persekutuan, PBN dan institusi perbankan sangat diperlukan untuk mewujudkan satu struktur yang komprehensif dalam memastikan penawaran rumah-rumah mampu milik di Greater KL dapat memenuhi permintaan rakyat yang memerlukan Kerajaan Negeri disarankan untuk mengambil alih urusan penjualan rumah kuota bumiputera yang didakwa gagal dijual oleh pemaju.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy