Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
165 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam terdapat juga pemaju yang menentukan kuota bumiputera terdiri daripada unit-unit rumah yang berada di kawasan yang tersorok, kurang maju dan jauh dari kemudahan asas seperti kedai. Kedudukan lokasi yang tidak strategik bagi unit-unit rumah kuota bumiputera ini menyebabkan rumah tersebut terus terbengkalai dan tidak dapat dijual meskipun ia berada di kawasan Greater KL. h) Faktor majoriti kaum dan demografi penduduk Pengenalan kepada kuota bumiputera antaranya bertujuan untuk memastikan setiap kawasan perumahan tidak dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja. Ia penting bagi memastikan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa hidup bersama dengan harmoni. Namun masih terdapat sesetengah individu yang cenderung untuk memiliki kediaman di kawasan yang majoriti penduduknya adalah dari kaum yang sama. Mereka merasakan adalah lebih mudah untuk berkomunikasi dalam komuniti dan kejiranan yang mempunyai persekitaran cara hidup dan budaya yang sama. Bumiputera juga tidak lari dari mempunyai pemikiran dan kehendak sedemikian rupa. Maka demografi penduduk di sesuatu kawasan menjadi faktor penentu di kalangan bumiputera untuk memiliki rumah meskipun kawasan perumahan tersebut adalah strategik dan berdaya maju. CADANGAN Beberapa syor dan cadangan boleh dipertimbangkan bagi memastikan bumiputera mampu memiliki rumah di Greater KL pada masa hadapan. Antaranya ialah melalui kenaikan gaji atau meningkatkan pendapatan rakyat supaya kumpulan M40 berada pada segmen T20. Manakala sekurang-kurangnya 20% dari kalangan B40 menganjak ke kumpulan M40. Selain itu, harga tanah juga tidak boleh dibiarkan meningkat pada paras ‘tidak masuk akal’ sehingga menjadikan rumah mampu milik tidak lagi mampu dimiliki. Harga jualan yang ditawarkan juga mestilah berpatutan Harga tanah juga tidak boleh dibiarkan meningkat pada paras ‘tidak masuk akal’
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy