Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
164 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Namun terdapat seperkara yang membimbangkan ialah salah faham sesetengah pemaju perumahan mengenai kuota bumiputera. Mereka beranggapan bahawa baki daripada 30% kuota bumiputera iaitu 70% lagi adalah kuota untuk bukan bumiputera sahaja. Kerajaan perlu menjelaskan kepada pemaju-pemaju perumahan ini bahawa 30% adalah kuota minimum dengan diskaun yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Ini bermakna jika jumlah 30% sudah habis dijual, pemaju masih boleh menjual unit-unit lain kepada mana-mana individu termasuk bumiputera tetapi pada harga jualan yang sama dengan bukan bumiputera (tanpa diskaun bumiputera). Malah jika kuota bumiputera masih belum habis dijual sekalipun, pembeli bumiputera tetap bebas untuk memilih dan membeli unit-unit lain yang tidak termasuk dalam kuota bumiputera. Rumah yang dibeli atas kuota dan diskaun bumiputera ini umumnya mempunyai nilai pasaran yang lebih rendah jika hendak dijual semula berbanding dengan unit terbuka. Hal ini berlaku kerana wujud kekangan yang dikenakan oleh PBN, antaranya penjualan semula ( subsale ) kepada pihak ketiga hanya dihadkan kepada bumiputera sahaja, seterusnya membawa kesulitan kepada penjual untuk mendapatkan pembeli meskipun harga pasaran rumah tersebut lebih rendah berbanding unit yang lain. g) Lokasi unit rumah kuota bumiputera yang tidak strategik Pemaju perumahan seharusnya bersikap realistik dalam menetapkan lokasi rumah kuota bumiputera. Ini kerana alasan rumah-rumah ini tidak terjual bukan sahaja disebabkan oleh faktor kemampuan, malah ia juga disebabkan oleh faktor lokasi yang tidak strategik. Malah ada lokasi sudah dikhaskan awal-awal lagi oleh pemaju untuk golongan bumiputera iaitu rumah di luar faktor fengsui atau tuah menurut kepercayaan masyarakat Cina. Antaranya ialah rumah di simpang tiga, berhampiran loji rawatan najis dan pencawang elektrik. Selain itu, Rumah-rumah ini tidak terjual bukan sahaja disebabkan oleh faktor kemampuan, malah ia juga disebabkan oleh faktor lokasi yang tidak strategik
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy