Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

163 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam f) Status lot atau kuota bumiputera boleh diubah kepada lot bukan bumiputera Menurut undang-undang Malaysia, PBN mempunyai kuasa penuh terhadap isu tanah, termasuklah mengenai peraturan kuota dan diskaun bumiputera dalam setiap pemajuan projek perumahan. Penetapan kuota dan diskaun jualan adalah berbeza mengikut negeri dan dasar ini perlu dipatuhi oleh setiap pemaju perumahan. Namun begitu, sekiranya rumah-rumah tersebut tidak dapat dijual dalam suatu tempoh yang ditetapkan, pemaju perumahan dibenarkan untuk memohon bagi menukar status unit bumiputera berkenaan kepada unit terbuka dengan kenaan bayaran atau levi tertentu. Bagi sesetengah pemaju perumahan, mereka lebih cenderung untuk membayar levi berbanding menjualnya di bawah peruntukan kuota bumiputera. Ini kerana keuntungan yang diperolehi dari hasil penjualan unit rumah di bawah status terbuka adalah lebih tinggi meskipun setelah ditolak dengan kenaan levi pelepasan kuota bumiputera. Perkara ini menjadi perdebatan sehingga ke hari ini kerana terdapat isu di mana pemaju perumahan dikatakan sengaja ‘menyorok’ unit rumah kuota bumiputera dan mendakwa ia sudah habis dijual sedangkan pada masa yang sama memberi alasan kepada Kerajaan Negeri bahawa ia gagal menjual unit-unit berkenaan dan memohon pelepasan penjualan kepada bukan bumiputera. Tujuannya adalah untuk membolehkan pemaju mengaut keuntungan yang lebih tinggi daripada penjualan tersebut. Trend ini dilihat berlaku secara meluas sehingga KPKT memutuskan supaya setiap jualan unit rumah kuota bumiputera perlu diisytihar melalui satu sistem yang dibangunkan oleh Kementerian berkenaan. Meskipun Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai hak autonomi dalam urusan harta tanah di negeri-negeri, sekurang-kurangnya maklumat ini dapat disalurkan bagi tujuan pemantauan oleh PBN. PBN mempunyai kuasa penuh terhadap isu tanah, termasuklah mengenai peraturan kuota dan diskaun bumiputera dalam setiap pemajuan projek perumahan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy