Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
161 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam rakyat Malaysia menyatakan sukar buat mereka untuk menyediakan sejumlah wang sebanyak RM1,000 sekiranya berlaku kecemasan. Hanya 24% rakyat Malaysia yang dapat menampung perbelanjaan sara hidup untuk sekurang-kurangnya tiga bulan atau lebih sekiranya kehilangan sumber pendapatan utama mereka, manakala 10% sahaja yang menyatakan mereka boleh bertahan untuk lebih daripada enam bulan. Ini jelas menunjukkan kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai sama ada liabiliti dan komitmen kewangan yang tinggi atau pengurusan kewangan yang lemah hingga tidak mampu menyediakan simpanan kecemasan. Sekiranya simpanan untuk kegunaan kecemasan tidak mampu diurus, maka dapat disimpulkan bahawa simpanan untuk pendahuluan membeli rumah juga sukar untuk dilakukan. Menurut pakar pengurusan kewangan peribadi, setiap individu mahupun keluarga perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan perbelanjaan atau pendapatan diterima yang dapat dijadikan sebagai simpanan untuk dana kecemasan (Mohamad Fazli, 2020). Walau bagaimanapun, Kerajaan Malaysia bersama agensi-agensi berkaitan berusaha memberi ruang untuk rakyat memiliki rumah dengan sesetengah bank dan institusi kewangan menawarkan sehingga 100% pinjaman untuk pembelian rumah pertama. Malah, kerajaan melalui KPKT juga menyediakan insentif dalam bentuk kewangan apabila melancarkan projek perumahan mampu milik dengan kerjasama pemaju perumahan swasta seperti Skim MyHome dan MyDeposit. Kedua-dua skim perumahan ini memperuntukkan kerajaan untuk menanggung sehingga 10% bayaran pendahuluan rumah mampu milik yang dibina oleh pemaju perumahan swasta kepada pembeli yang berkelayakan. Kerajaan melalui KPKT juga menyediakan insentif dalam bentuk kewangan apabila melancarkan projek perumahan mampu milik dengan kerjasama pemaju perumahan swasta seperti Skim MyHome dan MyDeposit
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy