Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

160 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam terletak di bandar Kuala Lumpur. Jumlah yang besar tersebut tidak memungkinkan bumiputera yang bekerja kurang dari 5 tahun untuk memiliki rumah sendiri di dalam bandar. Sebagai contoh, purata pendapatan kasar bulanan isi rumah bumiputera pada tahun 2016 ialah RM6,267 dan harga rumah di Kuala Lumpur pada ketika itu ialah RM749,305. Ini bermakna wang pendahuluan yang diperlukan adalah lebih kurang RM75,000. Sekiranya 10% atau RM627 diketepikan setiap bulan untuk simpanan dan pelaburan, maka seseorang itu perlu menanti hampir 10 tahun bagi mencukupkan amaun RM75,000 tersebut. Namun dengan peningkatan harga rumah setiap tahun, dianggarkan seseorang itu memerlukan lebih 15 tahun untuk menyediakan bayaran deposit rumah di Kuala Lumpur. Menurut Financial Education Network melalui penerbitannya, Malaysia Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023, rakyat Malaysia memiliki tahap keyakinan yang rendah terhadap pengetahuan kewangan mereka sendiri. Satu daripada tiga rakyat Malaysia merasakan mereka mempunyai pengetahuan kewangan yang cetek dan kurang mempunyai pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan terutamanya dalam aspek simpanan dan belanjawan, kesediaan menghadapi peristiwa yang tidak dijangka dalam kehidupan dan perancangan untuk persaraan. Dapatan Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan dari Sudut Permintaan 2018 oleh Bank Negara Malaysia di mana antaranya ialah satu daripada lima orang dewasa Malaysia yang bekerja tidak membuat simpanan dalam tempoh enam bulan sebelumnya. Malah, sejumlah 84% rakyat Malaysia menyatakan bahawa mereka mempunyai simpanan untuk jangka masa terdekat di mana simpanan berkenaan dikeluarkan pada akhir bulan untuk menampung perbelanjaan seharian. Dapatan kaji selidik tersebut juga menemukan bahawa 52% Satu daripada tiga rakyat Malaysia merasakan mereka mempunyai pengetahuan kewangan yang cetek dan kurang mempunyai pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy