Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

159 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Kerajaan turut memainkan peranan dalam menawarkan pemilikan rumah mampu milik di Greater KL. Kementerian Wilayah Persekutuan pada Oktober 2019 mengumumkan pembinaan sebanyak 100,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun untuk warga kota memiliki rumah sendiri. Residensi rumah mampu milik ini dirancang untuk dibina di sekitar ibu negara dengan sasarannya adalah golongan yang berpendapatan rendah serta golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan dan sedang membina keluarga. Selain itu, Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) turut memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki rumah pertama di kawasan bandar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Rumah mampu milik seperti Program Perumahan Rakyat (PPR), PR1MA, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), projek- projek perumahan kendalian Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Rumah Selangorku juga merupakan antara projek perumahan yang disubsidi oleh Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri di kawasan Greater KL. Sehubungan itu, bumiputera yang mempunyai pendapatan rendah dan sederhana dan memenuhi syarat kelayakan perlu merebut peluang untuk memiliki hartanah di Greater KL sama ada sebagai kediaman sendiri mahupun untuk pelaburan di masa hadapan. d) Tiada wang deposit untuk membeli rumah Salah satu faktor yang menyulitkan rakyat Malaysia untuk memiliki rumah adalah masalah menyediakan wang deposit sekurang- kurangnya 10% dari harga jualan rumah. Jika mengambil kira harga pasaran rumah di negeri Selangor pada 2018 adalah RM442,007, ini bermakna bakal pembeli perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM45,000 wang deposit bayaran rumah. Bayaran pendahuluan ini boleh mencecah sehingga RM79,000 sekiranya rumah yang diidamkan Kerajaan turut memainkan peranan dalam menawarkan pemilikan rumah mampu milik di Greater KL

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy