Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

158 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam c) Tidak minat untuk melabur dalam sektor hartanah Kebanyakan bumiputera membeli hartanah untuk didiami, bukan untuk pelaburan. Ini kerana bumiputera kurang kesedaran terhadap pelaburan hartanah. Mereka lebih cenderung membeli rumah di luar bandar meskipun bekerja di bandar dan berkemampuan serta layak untuk membeli rumah mampu milik di kawasan Greater KL. Memandangkan pada hari ini kebanyakan rumah yang dibina di kawasan bandar adalah jenis apartment /berbilang tingkat, mereka beranggapan bahawa membeli rumah di bandar adalah sesuatu yang merugikan dan persepsi ini perlu dikikis. Meskipun pelaburan hartanah dianggap mencabar terutamanya di kalangan bumiputera muda yang tinggal di bandar-bandar besar seperti di Greater KL, seharusnya ia tidak boleh menjadi halangan untuk membeli kediaman di kawasan ini. Bumiputera perlu mengambil kesempatan dengan pertumbuhan pesat projek hartanah baharu yang sedang dalam pembangunan di kawasan Greater KL yang terletak secara strategik dengan jaringan perhubungan pengangkutan tanpa terlalu bergantung kepada kemudahan di pusat bandar utama. Mereka harus merebut peluang dengan membeli hartanah kediaman di kawasan strategik yang sedang dibina di kawasan pinggir bandar Greater KL sekiranya ingin memiliki rumah indah dan selesa dengan kemudahan tidak kurang hebatnya seperti di bandar pada harga yang lebih rendah daripada pusat bandar. Kadar pembangunan yang pesat di kawasan selatan Greater KL seperti Puchong, Kajang, Bangi, Cyberjaya dan Sepang kelak akan menyebabkan percambahan dan limpahan pembangunan ekonomi melalui kemudahan pusat komersial dan jaringan lebuhraya dan pengangkutan awam. Ini mendorong kepada lahirnya konurbasi selatan KL yang lebih besar yang perlu direbut oleh bumiputera, sekurang- kurangnya jika tidak untuk didiami, kediaman tersebut boleh dijadikan sebagai satu pelaburan hartanah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy