Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
157 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Melalui kaedah pengiraan kemampuan memiliki rumah oleh bumiputera di Greater KL berdasarkan kepada gandaan median (median multiple), Jadual 3 menunjukkan bahawa kadar ketidakmampuan memiliki rumah di Kuala Lumpur dan Selangor pada tahun 2016 masing-masing adalah pada 9.96% dan 5.87% (mengambil kira pendapatan bulanan bumiputera di Greater KL sebanyak RM6,267). Kadar peratusan tersebut dikategorikan sebagai ‘ Severely Unaffordable ’ atau sangat tidak mampu milik, iaitu melebihi nilai pekali yang menunjukkan rakyat mampu memiliki hartanah iaitu pada kadar 3.0 kali ganda ( Jadual 4 ). Pada tahun 2016, kemampuan purata bumiputera di Greater KL adalah pada nilai harga rumah RM225,612 berbanding harga pasaran semasa iaitu RM749,305 di Kuala Lumpur dan RM442,007 di Selangor. Ini menunjukkan kadar ketidakmampuan bumiputera untuk memiliki rumah di Greater KL adalah pada kadar yang sangat merunsingkan. Jadual 3 : Kemampuan Pasaran Perumahan (Housing Market Affordability) Bumiputera di Greater KL Jadual 4 : Kategori Kemampuan Memiliki Rumah Gandaan Median ( Median Multiple) Penilaian (Rating) 3.0 dan ke bawah Affordable 3.1 – 4.0 Moderately unaffordable 4.1 – 5.0 Seriously unaffordable 5.1 dan ke atas Severely unaffordable Negeri Median Pendapatan Bulanan Median Pendapatan Tahunan Harga Pasaran Median-3 Purata Harga Rumah Median Multiple Kuala Lumpur RM6,267 RM75,204 RM225,612 RM749,305 9.96 Selangor RM6,267 RM75,204 RM225,612 RM442,007 5.87 Kadar peratusan tersebut dikategorikan sebagai ‘ Severely Unaffordable ’ atau sangat tidak mampu milik Kadar ketidakmampuan bumiputera untuk memiliki rumah di Greater KL adalah pada kadar yang sangat merunsingkan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy