Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

156 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam menjadi faktor kepada peningkatan kos keseluruhan pembangunan perumahan dengan ketara. Berdasarkan maklumat Indeks Harga Rumah Malaysia yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, harga rumah di Greater KL dari tahun 2012 hingga 2018 adalah lebih tinggi berbanding dengan purata harga rumah nasional. Pada tahun 2018 sahaja, harga rumah di Kuala Lumpur dan Selangor adalah RM788,780 dan RM482,385 masing-masing, iaitu 14% hingga 87% lebih tinggi berbanding dengan purata harga rumah nasional iaitu RM421,654 ( Rajah 3 ). Menurut Khazanah Research Institute (2015), secara teorinya, jika kos pembinaan turun, dijangkakan semua harga rumah akan jatuh dengan sewajarnya. Walau bagaimanapun, teori ini dilihat tidak memberi kesan terhadap harga rumah dan kos pembinaan di Greater KL. Rajah 3 : Purata Harga Rumah di Kuala Lumpur dan Selangor Berbanding Harga Rumah di Seluruh Negara 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 Nasional 251,731 275,870 297,934 319,421 387,258 411,089 421,654 Kuala Lumpur 576,991 644,249 690,541 739,195 749,305 795,524 788,780 Selangor 377,536 415,759 445,640 481,631 442,007 472,536 482,385 - 100,000 200,000 300,000 400,000 500,000 600,000 700,000 800,000 900,000 Harga Rumah Nasional Kuala Lumpur Selangor Harga rumah yang ditawarkan terlalu tinggi dan tidak mampu dibeli.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy