Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

155 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam kredit, peningkatan harga bahan binaan serta tanah di bandar juga menjadi penyumbang kepada kemampuan penduduk dan keluarga di bandar untuk memiliki rumah menjadi semakin kompleks. Antara faktor-faktor dan isu-isu yang mempengaruhi serta menjejaskan pemilikan rumah oleh bumiputera ialah: a) Pendapatan bumiputera yang rendah Salah satu faktor utama yang mengekang bumiputera dalam pemilikan rumah di Greater KL adalah pendapatan yang rendah berbanding purata nasional. Berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 9 Oktober 2017, purata pendapatan kasar bulanan isi rumah bumiputera pada tahun 2016 ialah RM6,267 iaitu 9.93% lebih rendah daripada purata nasional sebanyak RM6,958. Lebih membimbangkan, jurang ini meningkat sebanyak 0.23% berbanding pada tahun 2014 (9.7%). Paras ini juga adalah 28.38% lebih rendah dari kaum Cina (RM8,750) dan 12.35% lebih rendah daripada kaum India (RM7,150). b) Harga rumah yang terlalu tinggi Seterusnya harga rumah yang ditawarkan terlalu tinggi dan tidak mampu dibeli. Harga jualan per kaki persegi (binaan) di kawasan tertentu di Greater KL boleh mencapai antara RM800 hingga RM1,000 per kaki persegi. Pangsapuri mewah seluas 1,500 kaki persegi di sekitar Kuala Lumpur boleh menelan belanja sehingga RM1,500,000 seunit. Sebagai contoh, harga tanah di kawasan Kenny Hills boleh mencecah sehingga RM450 per kaki persegi atau RM19,000,000 satu ekar. Manakala di Hartamas Heights, harga tanah boleh mencapai hingga RM600 per kaki persegi atau RM26,157,500 per ekar. Kos tanah adalah perkara subjektif, dan harganya berbeza-beza. Namun, ini Pendapatan yang rendah berbanding purata nasional.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy