Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

154 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Jadual 2 : Kuota dan Diskaun Jualan Rumah Bumiputera di Kuala Lumpur dan Selangor Walaupun secara jelas polisi ini disyaratkan kepada pemaju, namun keberkesanan pematuhan oleh pemaju perumahan mahupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum meluluskan pelepasan unit-unit berkenaan perlu diteliti dan diberi perhatian sama ada melalui laporan penguatkuasaan oleh PBT, aduan oleh pembeli bumiputera mahupun melalui statistik permohonan pelepasan kuota bumiputera oleh pemaju. Meskipun inisiatif Kerajaan dalam memperkenalkan kuota bumiputera bermatlamat untuk membuka ruang kepada bumiputera bagi memiliki hartanah iaitu kediaman sendiri, namun hasrat ini dilihat tidak mencapai objektifnya. Pemilikan hartanah bumiputera masih ketinggalan berbanding bukan bumiputera. Ini terbukti berdasarkan laporan dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang merekodkan transaksi hartanah kediaman oleh bumiputera pada tahun 2014 adalah sebanyak 97,722 unit manakala bukan bumiputera sebanyak 132,091 unit. Transaksi pembelian unit rumah bumiputera berbanding bukan bumiputera ini menunjukkan ketidakseimbangan dari segi populasi negara ini di mana 60% adalah bumiputera. Nisbah transaksi pembelian 39.5% oleh bumiputera berbanding 53.4% oleh bukan bumiputera ini disebabkan beberapa faktor yang memerlukan kajian yang lebih mendalam untuk menanganinya. Faktor yang Mempengaruhi Pemilikan Rumah oleh Bumiputera Kemampuan memiliki rumah merangkumi konteks yang lebih luas melangkaui faktor pendapatan dan perbelanjaan isi rumah serta kemudahan pembiayaan perumahan. Peningkatan kos sara hidup, tempoh dan faedah kemudahan Negeri Kuota Bumiputera Diskaun Jualan Kuala Lumpur 30% 5% Selangor 50% - 70% (mengikut Dewan Undangan Negeri) 7%

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy