Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

xviii Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam satu unit rumah bagi setiap keluarga akan terus menjadi fokus utama bagi masyarakat hari ini dan generasi akan datang sehingga ia mencukupi dan tersedia untuk memenuhi pelbagai kategori pendapatan isi rumah di Malaysia. Cabaran bumiputera dan situasi semasa pasaran perumahan di Greater Kuala Lumpur yang juga merupakan bandar raya yang paling pesat berkembang di Malaysia dipilih sebagai topik kajian ini. Ia diharap dapat membantu dalam menyalurkan maklumat kepada perkembangan ilmu pengetahuan agar mempergiatkan lagi kajian yang lebih luas dalam aspek imbangan sosio ekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera dari sudut pemilikan rumah di kawasan bandar, seterusnya dapat menjadi salah satu sumber rujukan kepada pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam industri perumahan. POIN NYATA • Cabaran dalam pemilikan rumah kediaman untuk bumiputera perlu diuruskan dan ditangani dengan bijak berdasarkan strategi yang komprehensif • Cabaran memiliki rumah mampu milik di kawasan bandar memberi kesan kepada perbelanjaan isi rumah • Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (Zaim Ibrahim, 2018) yang menyebut bahawa Yang Di-Pertuan Agong turut bertanggungjawab untuk melindungi kepentingan sah kaum-kaum yang lain dan bukan hanya untuk kepentingan kaum Melayu sahaja • Pendapatan yang rendah berbanding purata nasional. • Harga rumah yang ditawarkan terlalu tinggi dan tidak mampu dibeli. • Kadar peratusan tersebut dikategorikan sebagai ‘Severely Unaffordable’ atau sangat tidak mampu milik • Kadar ketidakmampuan bumiputera untuk memiliki rumah di Greater KL adalah pada kadar yang sangat merunsingkan • Kerajaan turut memainkan peranan dalam menawarkan pemilikan rumah mampu milik di Greater KL • Satu daripada tiga rakyat Malaysia merasakan mereka mempunyai pengetahuan kewangan yang cetek dan kurang mempunyai pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan • Kerajaan melalui KPKT juga menyediakan insentif dalam bentuk kewangan apabila melancarkan projek perumahan mampu milik dengan kerjasama pemaju perumahan swasta seperti Skim MyHome dan MyDeposit • Pinjaman sering ditolak oleh pihak bank atau institusi kewangan dengan alasan pemohon tidak mempunyai keupayaan untuk membuat bayaran balik pinjaman • Rumah-rumah ini tidak terjual bukan sahaja disebabkan oleh faktor kemampuan, malah ia juga disebabkan oleh faktor lokasi yang tidak strategik

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy