Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

153 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Masalah dan Isu dalam Pemilikan Rumah Masalah dan isu perumahan bumiputera di kawasan bandar timbul apabila berlakunya proses perbandaran dan perindustrian yang membawa ramai migrasi dari kampung ke bandar. Kebanyakan migrasi ini adalah bumiputera yang berpendapatan rendah serta tidak mampu membeli atau menyewa rumah pada harga yang tinggi. Walaupun Pihak Berkuasa Negeri (PBN) diberi kuasa penuh dalam menguruskan isu berkaitan hartanah, namun ia dilihat tidak mampu untuk memenuhi aspirasi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan oleh kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) untuk membasmi kemiskinan dan mengimbangi sosio-ekonomi antara kaum demi mencapai perpaduan nasional. Berdasarkan bancian penduduk pada tahun 1970, kadar kemiskinan kaum bumiputera adalah yang paling tinggi, iaitu 64.8%, manakala kaum Cina dan India masing-masing adalah 26% dan 39.2% (Yasmin, 2019). Maka, pelbagai rancangan telah disusun oleh Kerajaan melalui strategi serampang dua mata untuk membaiki taraf hidup rakyat. Antaranya kuota rumah bumiputera diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk mengimbangi pengagihan dan pemilikan hartanah, terutamanya kediaman di antara bumiputera dengan bukan bumiputera. Pelaksanaan peraturan ini adalah berbeza mengikut negeri dengan rata-rata negeri memperuntukkan kuota sebanyak 30% dari jumlah keseluruhan pembangunan untuk bumiputera. Manakala harga yang ditawarkan adalah dengan diskaun antara 5% hingga 15% dari harga jualan. Walaupun peraturan ini telah lama diperkenalkan melalui DEB iaitu pada tahun 1971, peratusan rumah yang diperuntukkan di bawahnya yang terjual adalah rendah. Di kawasan Greater KL, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan kuota bumiputera sebanyak 30% daripada pembangunan kediaman manakala Selangor memperuntukkan kuota berdasarkan kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu sehingga 60%. Kuota dan diskaun rumah bumiputera bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor adalah seperti di Jadual 2 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy