Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
151 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam bandar Kuala Lumpur. Ia ditakrifkan sebagai wilayah atau kawasan yang ditadbir urus oleh 10 Pihak Berkuasa Tempatan seperti dalam Rajah 1 berikut: a) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur b) Perbadanan Putrajaya c) Majlis Bandaraya Shah Alam d) Majlis Bandaraya Petaling Jaya e) Majlis Perbandaran Klang f) Majlis Perbandaran Kajang g) Majlis Perbandaran Subang Jaya h) Majlis Perbandaran Selayang i) Majlis Perbandaran Ampang Jaya j) Majlis Perbandaran Sepang Chander (1975) melalui kajiannya menyatakan pada tahun 1957, penduduk Tanah Melayu hanya 6.3 juta orang, dengan 49.8% adalah orang Melayu, 37.2% Cina, 11.3% India dan 1.8% terdiri daripada kaum lain. Selepas 60 tahun, populasi penduduk di Malaysia meningkat kepada 31 juta orang, merangkumi 68.6% bumiputera, 23.4% Cina, 7% India dan 1% terdiri daripada lain-lain kaum (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2016). Kira-kira 75% daripada populasi penduduk kini tinggal di kawasan bandar-bandar utama yang bertumpu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor dan Johor (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Prospek Urbanisasi Dunia, 2016). Pada tahun-tahun akan datang, populasi bandar dijangka akan terus meningkat sekitar hingga 80% daripada populasi penduduk di negara ini. Anggaran populasi penduduk di Greater KL dari tahun 1957 hingga 2100 yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia dan ATSA Architects adalah seperti di Jadual 1 dan Rajah 2. Rajah 1 : Greater Kuala Lumpur
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy