Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

150 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam hak mereka juga termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (Zaim Ibrahim, 2018) yang menyebut bahawa Yang Di-Pertuan Agong turut bertanggungjawab untuk melindungi kepentingan sah kaum-kaum yang lain dan bukan hanya untuk kepentingan kaum Melayu sahaja. Dalam erti kata lain, Perkara 153 adalah satu prinsip perlembagaan yang membenarkan pelaksanaan dasar keseimbangan antara kaum diwujudkan. Malah peruntukan itu perlu dikekalkan untuk memastikan pada masa hadapan, kaum majoriti tidak berasa hak mereka dinafikan kerana kewujudannya terbukti tidak menafikan peluang mana-mana kaum untuk memperoleh kekayaan di negara ini (Wan Ahmad Fauzi, 2018). Mengambil contoh di luar konteks Malaysia, sistem ‘kuota’ juga diberi kepada masyarakat kulit hitam di Afrika Selatan selepas mereka merdeka dari sistem Apartheid. Menurut Ratuva (2013), tindakan afirmatif merupakan satu mekanisme dalam pemerkasaan bangsa kulit hitam di Afrika Selatan. Pelbagai dasar tindakan afirmatif dilaksanakan untuk mengenalpasti isu-isu berkaitan dengan peluang pekerjaan, pendapatan, masalah kemiskinan dan ketiadaan peluang yang saksama dalam pendidikan. PEMILIKAN RUMAH OLEH BUMIPUTERA DI GREATER KUALA LUMPUR Populasi Penduduk di Greater Kuala Lumpur Greater Kuala Lumpur atau Greater KL yang meliputi kawasan berkeluasan 2,793 km 2 telah dikenal pasti pada tahun 2010 sebagai landasan bagi Malaysia menuju ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi. Aspirasi Greater KL adalah untuk mendorong pertumbuhan pesat selari dengan peningkatan daya hidup bandar. Greater KL yang melangkaui sempadan antara Kuala Lumpur dan Selangor adalah 11 kali lebih besar daripada pusat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (Zaim Ibrahim, 2018) yang menyebut bahawa Yang Di-Pertuan Agong turut bertanggungjawab untuk melindungi kepentingan sah kaum-kaum yang lain dan bukan hanya untuk kepentingan kaum Melayu sahaja

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy