Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

149 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa perdagangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.” Umumnya, ‘kedudukan istimewa’ orang Melayu, penduduk asal serta peribumi Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah berdasarkan konsep ‘kuota’ dan ‘rizab’. Menurut Mohd Nazim (2018), intipati dalam sistem ‘kuota’ hanyalah untuk dinikmati oleh golongan yang kurang berkemampuan sahaja. Ia bukanlah untuk dinikmati oleh golongan yang kaya. Sejarah pembentukan bagi Perkara 153 perlu dibaca dengan teliti kerana ia bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan dan bukannya perpecahan kaum. Ia berikutan selepas kemerdekaan pada tahun 1957, majoriti kaum bumiputera kebanyakannya adalah buruh kasar, petani dan nelayan miskin di kampung-kampung rentetan daripada kepentingan luar British yang membawa pelabur dan pekerja asing masuk secara besar- besaran ke Tanah Melayu dan menghuni di kawasan bandar. Dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh penjajah British telah mengakibatkan masyarakat di negara ini yang berbilang bangsa dibahagikan mengikut jenis kaum dan menjalankan ekonomi yang berlainan. Ini membawa kepada ketidaksamaan pengagihan kekayaan di antara kaum di negara ini. Menurut Wan Ahmad Fauzi (2018), tindakan itu pada hakikatnya untuk memenuhi keperluan ekonomi British, bukannya berpusat pada pembangunan tempatan. Sehubungan itu, Perkara 153 ini perlu terus dipelihara kerana ia turut melindungi hak-hak komuniti lain dan menjadi teras utama perpaduan dalam negara malah membawa Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963. Sistem ‘kuota’ wujud bertujuan untuk menjaga kepentingan kaum/bangsa atau minoriti yang sudah ketinggalan berbanding dengan kaum lain. Ini bermakna, jika kaum India, Cina atau kaum-kaum lain yang ketinggalan dalam aspek pendidikan atau ekonomi, kerajaan perlu memberikan perhatian kerana

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy