Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
148 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam mengenai kriteria pengiktirafan sebagai bumiputera Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz menjelaskan bahawa istilah bumiputera secara spesifiknya tidak ditakrifkan dalam Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana undang- undang. Secara amnya, kerajaan sering merujuk istilah bumiputera sebagai warganegara Malaysia yang terdiri daripada orang Asli, orang Melayu, dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Pemakaian status bumiputera telah pun diselaraskan dan digolongkan dalam kategori yang berkenaan sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 153 merupakan antara perkara paling kontroversi dalam Perlembagaan Persekutuan dan sering diperdebatkan secara ilmiah oleh pelbagai pihak. Merujuk kepada Perkara 153 (1) Perlembagaan Persekutuan, “Menjadi tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana- mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum- kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.” Perkara 153 (2) turut menyentuh bahawa: “Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di- Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana- mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy